Wednesday 20 June 2012

Apa yang aku suka buat

Hai,
lama sungguh cek tak tulis apa-apa kat blog ni. Rindu sungguh. Kali ini cek nak ceghita pasai apa yang cek suka buat kat rumah. Cek bukannya apa. Sebenaqnya cek suka memasak walaupun cek ni bukanlah hebat sangat macam Chef Wan tapi sebagai perempuan ni, cek kena lah sedaq diri. Pandai tak pandai belakang kira janji cek masuk jugak kat dapur. Lagi cek suka bila nak buat kek ke biskut ke atau pencuci mulut. Dalam kepala cek sekarang ni cek rasa macam nak buat cup cake je tak pun buat kek coklat. Cek malu jugak sebab walaupun dah 19 tahun cek masih tak dapat mewarisi kepakaran mama dalam membuat kek pelangi. Mama cek memang terer buat kek pelangi. Mama cek jual kek pelangi sebagai pendapatan sampingan. Hmmm...sedapnya mama punya kek pelangi. Selain suka buat kek atau biskut atau pencuci mulut ni cek suka cuba resepi baru. Tak kiralah resepi apa pun semua cek cuba. Walaupun tak sedap untuk pertama kalinya cek akan cuba berulang-ulang kali sampai sedap. So, kepada sesiapa yang baru nak belajar memasak tu janganlah cepat berputus asa kalau orang kutuk tak sedap. Sekurang-kurangnya kau belajar, diorang tu cuma tahu gelakkan orang je ntah-ntah yang mengata tu lagi tak pandai masak. Betul tak? Apa-apa pun chaiyok!!! buat mereka yang baru nak belajar memasak tu ye. Rajin-rajin turun ke dapur ye si dara tu...peace yow!!!!!!

Friday 1 June 2012

My real ambition

Actually, aku nak jadik penulis novel. Entahlah kenapa aku nak jadik penulis novel. Mungkin sebab ia lebih kena dengan jiwa aku agaknya. Aku suka menulis karangan dari kecik lagi. Mungkin sebab dah terbiasa menulis menjadikan aku berminat untuk terjun ke dalam bidang penulisan. Bagi sesetengah orang menjadik penulis ni tidak mendatangkan keuntungan malah membazir banyak waktu tapi bagi aku untuk menghasilkan novel yang berkualiti kita mesti mengkaji jalan cerita agar ia nampak kukuh. kita menulis bukan untuk kita sahaja membacanya tapi ramai pembaca yang harapkan penulis dapat menulis sesuatu yang tidak nampak sama jalan ceritanya apabila novel keluar. Jangan nanti bila novel dipasarkan tiada siapa yang ingin membelinya.Menulis novel itu bukanlah sesuatu yang senang. Banyak cabaran yang perlu ditempuhi. Sebagai contohnya penulis mungkin akan rasa putus asa kerana tiada idea untuk menulis. Ini membuatkan penulis rasa tertekan.jadi jangan sesekali kata menulis novel itu sesuatu yang mudah kerana tidak semua orang mampu menulis dan tidak semua penulis itu pandai menulis.

Friday 25 May 2012

Ampunkan hamba Mu ini....

Hati ini tersentuh tatkala mendengar lagu Maha Penyayang nyanyian Opick. Lagu ini banyak menyedarkan aku tentang dosa-dosa yang telah aku buat sepanjang hidup ini. Lagu ini memberi keinsafan pada aku. Aku menangis buat pertama kali saat aku mendengar lagu ini. Sungguh hati ini betul-betul tersentuh dengan lirik lagu ini. Ya Allah masih adakah lagi ruang untuk hamba di syurgaMu? Masih ada lagikah ruang kemaafan untuk hamba. Hamba telah banyak melakukan dosa kepada Mu. Ampunkan hamba Mu yang hina ini. Hamba tahu hamba tidak layak ke syurga Mu tapi hamba tidak mahu ke neraka Mu kerna hamba tahu seksa neraka Mu amat pedih... Ampunilah ampunilah segala dosa....Hamba pohon pada Mu ampunkan hamba...




                                                          Ampunkan Hamba Mu ini

Wednesday 2 May 2012

I'm waiting for you brother...T_T

Bertemu lagi kita di blog ni nampaknya  dan saya harap korang tidaklah bosan membaca di ruangan blog saya nie...kali ni saya nak bercerita tentang kehidupan saya sebagai anak kedua yang terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai anak sulong..susahkan bila menjadi anak kedua ni???? yelah..mana taknya, bila anak sulong tak ada secara automatiknya anak kedua terpaksa menjadi anak sulong...boleh bayangkan tak tanggungjawab anak kedua berubah secara automatik??? anak sulong memegang tanggungjawab yang besar dalam keluarga. Dialah pembimbing adik-adik, pengganti ketua keluarga bila ayah tiada dan tanggungjawab yang sama waktu dengannya...Sepatutnya saya bukanlah anak sulong tapi anak kedua..Entah kemana abang saya pergi meninggalkan tanggungjawab yang sepatutnya dia pikul tapi dia malah meninggalkan beban itu untuk saya pikul seorang diri...Saat itu hanya Allah yang tahu betapa sakitnya hati saya yang terpaksa memikul beban yang bukan sepatutnya saya pikul..Tergamak dia meninggalkan saya seorang diri. Ingin saja saya membencinya tapi saya sendiri tidak mampu untuk membencinya..Apa yang saya mampu buat adalah berdoa agar dia kembali semula untuk menggalas tugas ini bersama-sama. Saya tidak kuat untuk menghadapinya seorang diri..Saya memerlukan sokongan dan dorongan..How could you brother? How could you do this to me???
Hati saya terusik apabila melihat orang lain mempunyai abang yang sangat menjaga adik-adiknya. Entah kapan saat itu akan datang menjengah kehidupan saya..huhu...sedihnya.Abang, adik akan menunggu saat abang pulang..Walau berapa lama saat itu adik akan setia menunggu abang...Adik terpaksa lupakan impian adik untuk sambung belajar demi tanggungjawab itu abang tapi tak apa abang. Adik redha andai itu takdir adik..Adik akan   pikul tanggungjawab ni sampai abang betul-betul sedia nak pikul tanggungjawab ni dengan adik...Sehingga saat itu datang, satu je yang adik pinta dari abang. Tolong doa pada Allah semoga adik di beri Kekuatan,ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi semua ini abang. Itu je yang adik minta dari abang. Adik tak minta lebih pun...

                                                      ~S.E.N.Y.U.M.L.A.H. .S.E.L.A.L.U~

                                                       

Thursday 26 April 2012

Sabar separuh daripada iman

Assalamu'alaikum warga blogger...
di petang yang tak berapa cerah ni aku nak meluahkan apa yang terbuku di hati...
agak-agak korang pasal apa???
tak pelah tak payah susah-susah nak teka...
bukan korang tau pun kan???
aku nak cerita pasal apa yang jadik kat aku semalam...
entah apa yang merasuk diri aku semalam sampai aku sanggup pergi keluar jalan-jalan sorang-sorang..
sebenarnya aku tengah membawa hati yang lara...
aku time tu tengah kecik hati dengan member-member aku...
sape yang tak kecik hati bila kawan-kawan korang buat korang macam tunggul je kat dalam bilik..
touching deh semalam aku...
semalam aku hilang sabar dan rasa nak marah orang jer...
sebab tu aku keluar dari hostel aku pergi jalan-jalan pergi plaza rakyat beli tiket nak balik perak...
sebenarnya itu semua alasan jer...
aku kalau boleh tak nak duduk sangat kat hostel tu..
daripada dipinggirkan di hostel tu baik aku pergi jalan-jalan...
habis aku beli tiket aku tak terus balik tapi aku singgah Jusco jap...
cuci-cuci mata tengok baju-baju,kasut dengan beg...
nak beli time tue aku tengah kering tapi tak pe at least aku dapat hilangkan tension aku nie...
lepas tu aku pergi MPH tgk buku-buku pulak...
aku belilah buku masakan sebab aku ni tak lah expert sangat bab-bab memasak ni kalau setakat biasa-biasa tu bolehlah...
niat hati aku tak nak balik hostel langsung tapi mengenangkan apa pula kata kawan-kawan yang meminggirkan aku tu aku balik jugak tapi tu pun aku balik masa maghrib...
(''_'')'  masih ingat kat kawan walaupun hati sendiri terluka...huhu
tapi Alhamdulillah hati aku tenang setelah menjejakkan kaki di hostel
mungkin aku dah tinggalkan perasaan sakit hati aku tu masa aku jalan-jalan tadi...
ada hikmahnya bila kita bersabar dengan orang...
buat apa nak tunjukkan kemarahan kita depan orang???
buat malu jer kalau orang tu cuma menambahkan kemarahan kita...
sebab tu orang cakap sabar itu separuh daripada iman..
bila kita sabar dan berusaha kawal hati kita daripada perasaan marah insyaAllah Allah akan kurniakan perasaan tenang dalam hati kita....

Tuesday 24 April 2012


Assalamu'alaikum ...
Salam perkenalan ku hulur pertama kali aku menjejakkan tangan aku menaip di blog ni...
Banyak benda yang aku masih perlu belajar di blog ni..
Harap-harap korang tak kesah menghulurkan tangan membantu aku...
Kecil tapak tangan tong air aku tadahkan...heheh
So, i would like to introduce myself as Yanie or ira...
It's up to you to to call me as what
As long the name has good meaning...
I'm studying Cyber Forensics at Cybernetics College in Cheras.
I was born at Hospital Pontian,Johor but now i live in Perak...
I was the second daughter of a married couple of Hamzah and Rosidah
I have 1 elder brother 2 younger brothers and 2 sisters..
Hmmm...
What else i can tell you????
Ha!!!!
I know and i'm sure you want to know my status right????
Hahah...
Just kidding.
I am single and available....
I don't like people that always underestimate others
Please.....don't smoking in front of me because i can't stand to the bad smell... and i hate smoker
My hobbies are reading,cooking,drawing and writing
Actually my ambition is to be a lawyer but Allah has determine my destiny....
I love asam pedas that my mom cook for me...              
Nyummm...delicious...
My bad habbit is i love to dreaming...
Hahah....
I think what i'm telling to you is enough because i don't want to reveal myself to much
I'm scared many people want to meet with me after this...
Hahah...
My last joke okey...
Okey onjoy your day...
See you soon....