Wednesday 20 June 2012

Apa yang aku suka buat

Hai,
lama sungguh cek tak tulis apa-apa kat blog ni. Rindu sungguh. Kali ini cek nak ceghita pasai apa yang cek suka buat kat rumah. Cek bukannya apa. Sebenaqnya cek suka memasak walaupun cek ni bukanlah hebat sangat macam Chef Wan tapi sebagai perempuan ni, cek kena lah sedaq diri. Pandai tak pandai belakang kira janji cek masuk jugak kat dapur. Lagi cek suka bila nak buat kek ke biskut ke atau pencuci mulut. Dalam kepala cek sekarang ni cek rasa macam nak buat cup cake je tak pun buat kek coklat. Cek malu jugak sebab walaupun dah 19 tahun cek masih tak dapat mewarisi kepakaran mama dalam membuat kek pelangi. Mama cek memang terer buat kek pelangi. Mama cek jual kek pelangi sebagai pendapatan sampingan. Hmmm...sedapnya mama punya kek pelangi. Selain suka buat kek atau biskut atau pencuci mulut ni cek suka cuba resepi baru. Tak kiralah resepi apa pun semua cek cuba. Walaupun tak sedap untuk pertama kalinya cek akan cuba berulang-ulang kali sampai sedap. So, kepada sesiapa yang baru nak belajar memasak tu janganlah cepat berputus asa kalau orang kutuk tak sedap. Sekurang-kurangnya kau belajar, diorang tu cuma tahu gelakkan orang je ntah-ntah yang mengata tu lagi tak pandai masak. Betul tak? Apa-apa pun chaiyok!!! buat mereka yang baru nak belajar memasak tu ye. Rajin-rajin turun ke dapur ye si dara tu...peace yow!!!!!!

Friday 1 June 2012

My real ambition

Actually, aku nak jadik penulis novel. Entahlah kenapa aku nak jadik penulis novel. Mungkin sebab ia lebih kena dengan jiwa aku agaknya. Aku suka menulis karangan dari kecik lagi. Mungkin sebab dah terbiasa menulis menjadikan aku berminat untuk terjun ke dalam bidang penulisan. Bagi sesetengah orang menjadik penulis ni tidak mendatangkan keuntungan malah membazir banyak waktu tapi bagi aku untuk menghasilkan novel yang berkualiti kita mesti mengkaji jalan cerita agar ia nampak kukuh. kita menulis bukan untuk kita sahaja membacanya tapi ramai pembaca yang harapkan penulis dapat menulis sesuatu yang tidak nampak sama jalan ceritanya apabila novel keluar. Jangan nanti bila novel dipasarkan tiada siapa yang ingin membelinya.Menulis novel itu bukanlah sesuatu yang senang. Banyak cabaran yang perlu ditempuhi. Sebagai contohnya penulis mungkin akan rasa putus asa kerana tiada idea untuk menulis. Ini membuatkan penulis rasa tertekan.jadi jangan sesekali kata menulis novel itu sesuatu yang mudah kerana tidak semua orang mampu menulis dan tidak semua penulis itu pandai menulis.