Friday 1 June 2012

My real ambition

Actually, aku nak jadik penulis novel. Entahlah kenapa aku nak jadik penulis novel. Mungkin sebab ia lebih kena dengan jiwa aku agaknya. Aku suka menulis karangan dari kecik lagi. Mungkin sebab dah terbiasa menulis menjadikan aku berminat untuk terjun ke dalam bidang penulisan. Bagi sesetengah orang menjadik penulis ni tidak mendatangkan keuntungan malah membazir banyak waktu tapi bagi aku untuk menghasilkan novel yang berkualiti kita mesti mengkaji jalan cerita agar ia nampak kukuh. kita menulis bukan untuk kita sahaja membacanya tapi ramai pembaca yang harapkan penulis dapat menulis sesuatu yang tidak nampak sama jalan ceritanya apabila novel keluar. Jangan nanti bila novel dipasarkan tiada siapa yang ingin membelinya.Menulis novel itu bukanlah sesuatu yang senang. Banyak cabaran yang perlu ditempuhi. Sebagai contohnya penulis mungkin akan rasa putus asa kerana tiada idea untuk menulis. Ini membuatkan penulis rasa tertekan.jadi jangan sesekali kata menulis novel itu sesuatu yang mudah kerana tidak semua orang mampu menulis dan tidak semua penulis itu pandai menulis.

No comments:

Post a Comment