Thursday 26 April 2012

Sabar separuh daripada iman

Assalamu'alaikum warga blogger...
di petang yang tak berapa cerah ni aku nak meluahkan apa yang terbuku di hati...
agak-agak korang pasal apa???
tak pelah tak payah susah-susah nak teka...
bukan korang tau pun kan???
aku nak cerita pasal apa yang jadik kat aku semalam...
entah apa yang merasuk diri aku semalam sampai aku sanggup pergi keluar jalan-jalan sorang-sorang..
sebenarnya aku tengah membawa hati yang lara...
aku time tu tengah kecik hati dengan member-member aku...
sape yang tak kecik hati bila kawan-kawan korang buat korang macam tunggul je kat dalam bilik..
touching deh semalam aku...
semalam aku hilang sabar dan rasa nak marah orang jer...
sebab tu aku keluar dari hostel aku pergi jalan-jalan pergi plaza rakyat beli tiket nak balik perak...
sebenarnya itu semua alasan jer...
aku kalau boleh tak nak duduk sangat kat hostel tu..
daripada dipinggirkan di hostel tu baik aku pergi jalan-jalan...
habis aku beli tiket aku tak terus balik tapi aku singgah Jusco jap...
cuci-cuci mata tengok baju-baju,kasut dengan beg...
nak beli time tue aku tengah kering tapi tak pe at least aku dapat hilangkan tension aku nie...
lepas tu aku pergi MPH tgk buku-buku pulak...
aku belilah buku masakan sebab aku ni tak lah expert sangat bab-bab memasak ni kalau setakat biasa-biasa tu bolehlah...
niat hati aku tak nak balik hostel langsung tapi mengenangkan apa pula kata kawan-kawan yang meminggirkan aku tu aku balik jugak tapi tu pun aku balik masa maghrib...
(''_'')'  masih ingat kat kawan walaupun hati sendiri terluka...huhu
tapi Alhamdulillah hati aku tenang setelah menjejakkan kaki di hostel
mungkin aku dah tinggalkan perasaan sakit hati aku tu masa aku jalan-jalan tadi...
ada hikmahnya bila kita bersabar dengan orang...
buat apa nak tunjukkan kemarahan kita depan orang???
buat malu jer kalau orang tu cuma menambahkan kemarahan kita...
sebab tu orang cakap sabar itu separuh daripada iman..
bila kita sabar dan berusaha kawal hati kita daripada perasaan marah insyaAllah Allah akan kurniakan perasaan tenang dalam hati kita....

No comments:

Post a Comment