Friday 25 May 2012

Ampunkan hamba Mu ini....

Hati ini tersentuh tatkala mendengar lagu Maha Penyayang nyanyian Opick. Lagu ini banyak menyedarkan aku tentang dosa-dosa yang telah aku buat sepanjang hidup ini. Lagu ini memberi keinsafan pada aku. Aku menangis buat pertama kali saat aku mendengar lagu ini. Sungguh hati ini betul-betul tersentuh dengan lirik lagu ini. Ya Allah masih adakah lagi ruang untuk hamba di syurgaMu? Masih ada lagikah ruang kemaafan untuk hamba. Hamba telah banyak melakukan dosa kepada Mu. Ampunkan hamba Mu yang hina ini. Hamba tahu hamba tidak layak ke syurga Mu tapi hamba tidak mahu ke neraka Mu kerna hamba tahu seksa neraka Mu amat pedih... Ampunilah ampunilah segala dosa....Hamba pohon pada Mu ampunkan hamba...




                                                          Ampunkan Hamba Mu ini

No comments:

Post a Comment